Selamat Hari Raya Aidil Adha & Tahun Baru 2007!
Semoga tahun 2007 ni rezeki aku lagi baik la kot.. tak la asik sengkek je. aku nak beli anime original pun ada la duit.
Semoga minat aku nak produce AMV tahun ni pun tak la luntur. aku planning sebulan 1 amv, OK kot?
oke semua
Selamat..!
Search Topic / Post
Latest AMV from AnimeMusicVideos.org
Sunday, December 31, 2006
Saturday, December 30, 2006
FLCL - Terharu AMV High Quality release
Aku baru je reencode balik HQ (sebenarnye MQ aje..) amv FLCL - Terharu. Aku host kat website forum aku Forum Komuniti Silverian.
Bezanya dengan versi youtube ialah resolusi lebih baik, kualiti audio 44khz dan tiada caption url pada video.
Codec: xvid (sila gunakan CCCP codec)
Res: 640 x 480 px
Audio: lame 160kbps 44khz stereo
Sila dapatkan di sini.

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Amv-Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pelawat beragama Islam.
Friday, December 29, 2006
AMV pertama - FLCL + Terharu!
Konnichiwa!
Aku baru sahaje siap amv pertama aku! Ya-Allah.. susah jugak buat benda ni rupanya. Tambahan pulak software yang kureng dan ilmu yang belum cukup. Nak buat macam mana. Aku ni bukannye pernah belajar edit video. Software pun pakai yang bodo-bodo je.
Untuk amv pertama ni aku tumpukan kepada FLCL ep 1 - 'Furi Kuri'. Aku pilih sebab FLCL adalah anime paling faveret aku! Bagi aku, FLCL adalah segala-galanya anime dalam 1 pakej yang padat.
Muzik latar yang dipilih pula adalah lagu cover Terharu oleh Wings (Mus) dari album Double Trouble 2. Kenapa lagu ni? Aku rasa sebab lagu ni sangat bersemangat - berbeza dengan lagu asal oleh Sweet Charity (atau Mawi).
Software yang digunakan adalah MPEG Video Wizard dari Womble Multimedia. Software ni adalah shareware, low-end video editor tetapi sangat ringan dan mampu render preview dalam real-time. Sumber codec video yang disyorkan adalah mpeg-2.
Pada mulanya aku nak cuba pakai Pinnacle tapi takde member yg ada CD installer. Terpaksa pakai apa yang ada. Syukurlah MVW ni memang reliable. Mula-mula aku cuba load video .avi (divx) tapi asik crash aje. Terpaksa reencode kepada Mpeg 8000 kbps. Kalau ikut saranan animemusicvideo.org kena pakai Lagarith lossless codec, tapi disebabkan HD yang ciput terpaksa la pakai mpeg. Lossless video untuk 30 minit menggunakan hampir 5 gig ruang!
Start pukul 3 pagi sampai ke 10 pagi barulah siap semua. Sempat pulak pergi 7-E cari ubat nyamuk sebab subuh banyak nyamuk. Berbekalkan pengalaman buat slideshow untuk kawan, aku explore la sistem MVW ni. Senang sungguh rupanya gina software ni. Semuanya boleh dipelajari tanpa buka manual pun. Boleh tahan!
Yang bezanya dengan software Video Editing yang lain adalah tool / filter yang diberikan. Sistem MVW sangat basic dan terbatas. Apa yang menarik adalah betapa 'lightweight'-nya program ini dalam mengendalikan video. Sangat smooth, non-linear, non-distructive dan cepat load.
Masalah MVW adalah cara susunan video yang terbatas, tiada multiple timeline menjadikan aturan video agak sesak dan sukar disunting semula apabila sudah dibariskan atau dimasukkan effect / transition. Edit sesuatu di bahagian tengah bermakna semua susunan yang terkemudian terpaksa re-sync semula dengan audio. letih..!
Macam mana pun enjoy AMV pertama aku! YEAH!
Lirik lagu Terharu:

Tak kan ku tahan air mataku ini
Yang jatuh menitis berderai di pipi
Tak kan ku simpan dalam hatiku ini
Biarlah itu berlalu pergi
Sejuta warna menghias angkasa
Berseri penuh sungguh ku terharu
Sejuta rasa yang mengiringi
Dan kini menyentak hatiku
Selalu begitu kejamnya dirimu
Bagaikan malam yang sunyi dan sepi
Engkau biarkan diriku ini
Merintih sedih menangis sendiri
Cukup sudah jangan engkau sakiti
Cukup sudah ku merasakannya
Derita yang ku ini rintihkan
Menghancurkan segala harapan
Selamat datang ke Anime Music Video Malaysia [Malay]
Selamat datang ke Anime Music Video Malaysia.
Laman ini dibina (didaftarkan) sebagai wadah untuk penulis mengembangkan minat dalam menerbitkan AMV untuk koleksi sendiri & juga peminat-peminat AMV yang lain.
Blog ini akan memaparkan AMV yang disusun & disunting sendiri oleh saya ataupun kawan-kawan lain yang menghasilkan karya seumpamanya. Laman blog ini juga akan lebih menekankan kepada penghasilan AMV dalam lagu Bahasa Melayu / Indonesia dan juga penerbit tempatan.
Saya berharap akan dapat meletakkan AMV pertama saya di sini tidak berapa lama lagi.
Read the english welcome entry here

Subscribe to:
Posts (Atom)